Friday, April 12, 2013

Menongkah arus Sungai Golok.


Mundok atau dikenali dengan nama Munok oleh masayarakat tempatan merupakan salah satu tempat beli belah kadar rendah yang wajib dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Sayang sekiranya anda jejakkan kaki di negeri tanah serendah sekebun bunga ini andai anda tidak cemarkan kaki anda ke Mundok. Provided that u speaks kelante accent lah. Kalo tidak, memang harga macam harreem. So, kalau nak shopping petua saya adalah, anda bawak sorang rakyat kelante yang superb dalam tawar menawar di samping anda; jika anda tidak fasih berbahasa kelate. Okkeh ?

Dan, untuk memudahkan lagi kerja, apa kata cari je jodoh dekat kelante kan.... Ahhah!, rakyat kelante ramai lagi single mingle yuuuu.... hahahaa. I attached few photos yang sempat di-snap di sana.

over the river lah!
 Sungai Golok yang harus diseberangi untuk ke sempadan thailand. Jangan tak tau pulak, sg. golok adalah sungai yang menjadi sempadan antara negara kita degan thai tau.
(#soalan pertama ujian bulanan geografi tingkatan 3 tahun 2005)


 suasana deretan gerai-gerai di Mundok


Add3. ais krim kelapa yang superbb! RM3 only. 

kendian, apa lagi.. jom beli belahh~

bila perempuan beli blah! 



beli baju tido ye pakcik...

tepi-tepi, kang aku tembak karang!

nyam-nyamss~

nama pasar tu hasani

sketsa kehidupan 1


dan...... 

BALIK!


Soo Long MUNDOK...
next time InsyaALLAH kami datang lagi.....


uitm + ukm = weng. haha.
may our relationship lasts till Jannah.
Ameen. 
p/s: just for fun




Sunday, March 31, 2013

Solat di akhir waktu, belum usai sudah azan. Hukumnya?

Disebabkan saya dikunjungi beberapa persoalan mengenai hukum solat pada akhir waktu  yang pada mana ketika dia sedang mengerjakan solat, azan untuk waktu seterusnya berkumandang. Maka, apakah hukumnya?
Haa.... sah atau tidak?

Jadi, untuk meneguhkan lagi keyakinan diri, saya bertindak meng-gugel dan terjumpa satu laman sesawang  yang agak membantu menyelesaikan kemelut was-was ini.
Taraaa!! blog soal solat umum~

Konklusinya, sah kalau kita sempat tunaikan satu rakaat, dan azan berkumandang. Ini dipanggil solat tunai. Sekali lagi, ianya adalah sah. Manakala, seandainya kita tidak sempat untuk menghabiskan satu rakaat ( tak sempat rukuk pun, sekadar bacaan alfatihah ), maka ianya dipanggil solat Qadhak.

Ini adalah pendapat mazhab Syafi’i. Dan, ada dasrnya, Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang memperolehi satu rakaat dari sembahyang subuh sebelum terbit matahari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi subuh. Dan barangsiapa yang memperolehi satu rakaat dari sembahyang Asar sebelum terbenam mentari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi Asar. “ (Muttafaq Alaih)

Resmi satan, kalo tak meng-was-was-kan orang tak sah kan. Kadang-kadang kita tak sedar yang benda yang kita ingat kita tahu, kita yakin kita tahu tapi sebenarya dan hakikatnya masih ada yang kita tak tahu. Yelah, macam mana nak tahu semua, sedangkan ilmu ini adalah ilmu Dia kan~

selamat beramal!

Saturday, March 30, 2013

Semakan Keputusan Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M-BL1M)




Adalah dengan ini, disebabkan saya mengalami masalah untuk mencari pautan sebenar pengesahan permohonan BL1M ini, maka saya amat berbesar hati untuk menyenangkan kerja sesiapa yang mahu mengetahui status permohonan tanpa sebarang possibility untuk mengutuk, mencaci, atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mana-mana pihak sepertimana yang telah saya alami.

Anda (mana-mana yang berkenaan ), bolehlah terus ke laman web rasmi tanpa membazir kouta broadband anda dengan ke mana-mana laman web tertier atau sekunder yang akhirnya tidak mendatangkan sebarang konklusi untuk pencarian anda.

jadi, dengan segala hormatnya, silelah ke laman web ini. ------------------> KEPUTUSAN BL1M-BL1M




ENJOY!


Wednesday, March 20, 2013

LIRIK: MENGAPA MERINDU

anak punai anak merbah,
terbang turun buat sarang,
anak sungai pun berubah,
ini pula hati orang.....mengapa dikenang.
asal kapas jadi benang,
dari benang dibuat baju,
barang lepas jangan kenang,
sudah jadi orang baru.....mengapa dirindu.
kasih yang dulu tinggal dalam mimpi,
kasih yang baru simpan dihati,
kasih yang dulu tinggal dalam mimpi,
kasih yang baru simpan dihati.
selat teduh lautan tenang,
banyak labuh perahu acheh,
jangan kesal jangan kenang,
kalau hati rasa pedih.....mengapa bersedih.
kalau pinang masih muda,
rasanya pahit sudahlah pasti,
kalau hilang kasih lama,
cari lain untuk ganti.....mengapa dinanti.
patahkan tumbuh hilang berganti,
lukakan sembuh kalau diubati,
patahkan tumbuh hilang berganti,
lukakan sembuh kalau diubati.


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-mengapa-dirindu-saloma.html#ixzz2O4n98Zrr

Saturday, March 9, 2013

Rasa Hati 1: Amarah


Pernah sekali aku bertanya pada diri.
apa tiada secebis rasa bahagia di dalam dunia ini untuk aku kecapi?
adakah aku sekadar  sang pe-mimpi di siang hari?
atau lalai dalam menilai elemen bahagia itu sendiri?
atau lebih tepat lagi,
aku gagal untuk bersyukur pada zat Yang Hakiki?

Aku silap menilai.
Memilih permata dalam kilauan kaca.
Namun, sekali terluka;
kesannya meninggalkan bekas yang nyata.

Yang pasti aku kecewa.
Sesal dengan apa yang berlaku.
Diluah mati emak, ditelan mati bapak.
Tersalah perahu boleh diundur, tersalah kata;
 api neraka balasannya.

Aku pasrah, sabar, walau nafsu memerangi iman,
Otak memerangi akal,
id memerangi super-ego.
Lawan atau ber-alah.

Bukan niat menghina ciptaan Yang Esa.
Tiada daya di atas kuasa-Nya.
Sekadar bermadah melepaskan amarah di dada.
Namun, jauh dari sudut hati ini,
Telur tembelang: disimpan busuk, dipecahkan sementelah lagi.


# Ya Rabb, kurniakan kasih sayang antara kami.
Amin.

keciwak!


dahulu kita gembira,
bersama-sama menempuhi apa yang ada.
bersama-sama menjamah

Friday, March 8, 2013

Pintu Rindu



Telah ku daki puncak tertinggi..

Telahku turun lembah dan gurun..2x


Tidak ku temu mana pintu mu..

Untukku seru rasa rinduku..2x


Telah ku daki puncak tertinggi..

Telahku turun lembah dan gurun..2x


Sungguh ku buta dalam cahaya..

Sungguh ku lupa tika bahagia..2x


Sedang kau dekat bukan dimata..

Sentuhku erat di pinggir jiwa


Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x


Biarkan airmata melimpah..

Biarkan luluh cinta tercurah..


Segala kasih rindu tertumpah..

Seluruh hati aku berserah..


Ya Allah....


Ku tunggu waktu bila bertemu..

Hidup matiku hanya untukmu..2x


Hidup matiku hanya untukmu..