Saturday, December 14, 2013

Sketsa kehidupan.

Assamualaikum...
Salam sejahtera...
Salam satu Malaysia.

Kali ini aku nak kupas sikit mengenai kehidupan. Ya, kehidupan. Aku memang dibesarkan di dalam suasana kampung, tapi dari tingkatan 1 lagi aku ni dah macam orang luar kat dalam kampung aku sendiri. Generasi berumur memang tak kenal langsung siapakah gerangan anak muda yang bernama selipar hijau, kah kah. Maaf, point sekarang ini bukanla mengenai aku dan pengajian dan bla bla bla. Point penting yang ingin aku sampai kan adalah sebuah kehidupan yang sebelum ini tidak pernah aku lihat dan alami. 

Aku balik kampung dan alhamdulillah aku ditawarkan kerja di sebuah kedai yang terkemuka di kampung. Ceh, memanglah terkemuka sebab kedai ni lah antara kedai yang mendapat sambutan yang begitu baik berbanding dengan kedai-kedai lain. Mana taknya kedai tak bukak lagi, tapi orangnya dah tercongok kat depan pintu. Macam orang gila talak, malam semalam tak tido gamaknya sebab nak main blackshot. Bila aku kat kampung, macam-macam orang aku jumpa. Kalah masa aku mengaji kat lua dulu. Macam macam situasi yang aku pon tak sangka aku boleh terjebak dalam scene seperti itu. 

Ada satu kes, di mana seorang anak dah tingkatan 5 tapi si anak ni tak pernah pergi sekolah. Jadahnya mak dia yang kena pergi sekolah dan buat rayuan bagi anak dia sebab takot anak dia tak boleh masuk periksa. Masa tu aku memang dalam hati, kesian mak dia tak ingat dek huntong punye anak. pui. Tapi jauh di lubuk hati aku, aku bersyukur adik aku tak ade lah teruk mana kalau nak banding dengan budak ni kan. Ini adalah scene masa kali pertama aku nk ke pasar pagi dengan akak aku, jumpa dengan mak dia sekali dengan anak dia. Terserempak gitu. keh keh.

Scene kedua aku dapat tahu pulak budak ni sebenarnya blacklisted oleh beberapa kedai runcit sebab nauzubillah panjang tangan. Jadi aku pun mula berjaga-jaga bila aku bekerja sebab kedai yang aku jaga ni pun sama je, mengamalkan perniagaan runcit meruncit. Tapi budaknya kalau bersendirian dengan aku, bukanlah nakal sampai pergi usik aku pon. Biasa-biasa je budaknya, jadi aku konpius. Aku ni pulak jenis pejuang stereotaip dan segala jenis unfair situation. Tapi lama lepas tu banyak jugak aku dengar berita tahap kepanjangan tangan budak ni. Masa tu, dalam hati aku; kesiannya pada parent budak ni. Kenapalah sampai macam ni sekali. 

Dan pada masa yang sama, aku ada suka pada seorang budak. Kenapa? Sebabnya dia iras kekasih lama aku, Shakir Shaari tapi sebelum dia pindah ke JDT. Lama otak aku tak fikir pasal keluarga budak tersebut sampaila satu hari kak long aku cerita yang budak nakal tu ada adik, adik dia baik tak suka mecopet macam dia. Betapa patahnya hati aku bila aku dapat tahu sebenarnya budak yang aku suka tu sebenarnya adik kepada pencopet terbabit. Masa tu aku rasakan hidupku yang ceria mula menjadi muram, awan  ber-komulonimbus, kilat sabung menyabung serta ku rasakan harapan ku punah. he he.

Aku tak dapat terima kenyataan jadi aku cari tahu punca sebenar keretakan keuarga budak terbabit. Betapa galaunya hati bila aku dapat tahu, penyebab utama yang boleh dikaitkan dengan kenapa budak pencopet tu mencopet adalah ibu bapa mereka sendiri. Sedih bila aku dapat tahu yang parent diorang sendiri pon  mencuri, walau tengah mengandung pon tak ada beza. Tapi tu cerita dedulu. Tak tahu la sekarang macam mana. Tapi aku rasa mereka sekarang dah tak buat dah semua tu (husnuhzon ok). Perlu husnuhzon di sini. Aku harap mereka akan berubah demi untuk anak-anak mereka sebab anak-anak mereka semua kecik-kecik lagi.

 Kali ni aku berharap ungkapan bahasa indah; " kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi" tu salah untuk kali pertamanya kerana tak semua nasi yang digaul bersama-sama kuah tu tergaul sekali. Ade jugak yang tak kena kuahnya sekali. Melainkan kau ni adalah species mamak yang suka kuah banjir. Jadi, di sini aku mahu menyeru kepada kepada sekalian ummah sera diri aku jugak sebelum membina keluarga, perbaikilah jati diri kita sebagai pemimpin dahulu. Bukan kata dari pihak suami semata, tapi wanita pon memainkan peranan yang besar dalam membina sebuah keluarga yang utuh yang baik dari segi agama mahupun sosialnya.

wassalam.


Kopi dan pasta

Wah! Akhirnya aku dapat jugak conteng di sini setelah sekian lama aku tak dapat nak buat post baru, walau nak edit setting pon tak boleh. Kenapa? ak pon tak tahu kenapa. Aku serahkan kepada takdir aje. keh keh.
Sebenarnya memang banyak benda yang aku nak tulis tapi, biarlah dulu. Aku pon dah lupa topik-topik yang ingin gua kupas setelah beberapa hari dikepam dalam otak. 

Jadi, hari ini, aku nak kopipasta something yang aku jumpa menarik dalam internet. Keh keh.

           'Linux for admins, Windows for gamers and Mac for designers        or simply fags..'

Yang kat atas tu adalah kenyataan untuk os bagi komputer dan komputer riba. Aku ni bukan lah techy-savvy atau I.T-savvy mahupun lappy-savvy dan segala savvy-savvy nih. Jadi aku tidaklah tahu menahu dengan mendalamnya sesuatu perkara tentang hardware and software komputer ini. Cuma satu perkara yang menarik mengenai statement di atas adalah ayat penyudahnya. hi hi. 

Rata-rata daripada pengguna komputer yang taraf ada duet setakat sponsor PTPT-pu yang macam gua ni, biasanya mengguna operating system windows sahaja. Windows 7, vista, xp dan terbaru windows 8. Itu yang common dan affordable. Tapi ada jugak yang guna linux. Yang ni aku tak pernah guna dan tak pernah tengok orang dalam circle hidup aku guna, jadi aku tak tahu lah walau satu sen pasal linux. Setakat aku tahu kalo nak upgrade kena guna u-buntu kan, dan akhirnya aku pon jadi buntu sama. 

Tapi, yang paling tak boleh blah nye yang the latter~. Pheuww. 
'I am mac and i found this offensive'. ceh. 
Okeh gua berangan je. Nak beli windows 8 pon tergagap-gagap, inikan pula machintosh weyy~ 

            Mac for designers or simply fags....

Haha, nasib baik gua guna windows 7, tu pon tak ori (agak-agakla 1.4k/asus je pon), jadi tak adelah gua butthurt sangat dengan statement kat atas. Gua jumpa komen ni kat dalam facebook yang mana ada satu rajah membincangkan tentang os ni. Perbahasan ini timbul antara golongan gamers dan golongan kayers. Bagi gua yang tidak berapa berduet ni, kadang-kadang gua setuju dengan kenyataan kat atas tu sebab berapa kerat je yang beli Mac sebab kerja? dan berapa ramai pulak beli mac sebab ia adalah MAC??. Haha. Biarlah penggunanya sahaja berbicara~


     Let the apples talk. aum aum, dap! (apple kan sedap, tambah-tambah kalo apple fuji; rapuh gittuew)

Gua takde hak nak buat penilaian. Gua sekadar nak kongsi kan aje, tapi sesiapa yang rasa terlebih masa terluang dah tak tahu nak bikin ape, dan mau butthurt silakan. Gua tak halang. keh keh.

ok. bai.