Saturday, December 14, 2013

Kopi dan pasta

Wah! Akhirnya aku dapat jugak conteng di sini setelah sekian lama aku tak dapat nak buat post baru, walau nak edit setting pon tak boleh. Kenapa? ak pon tak tahu kenapa. Aku serahkan kepada takdir aje. keh keh.
Sebenarnya memang banyak benda yang aku nak tulis tapi, biarlah dulu. Aku pon dah lupa topik-topik yang ingin gua kupas setelah beberapa hari dikepam dalam otak. 

Jadi, hari ini, aku nak kopipasta something yang aku jumpa menarik dalam internet. Keh keh.

           'Linux for admins, Windows for gamers and Mac for designers        or simply fags..'

Yang kat atas tu adalah kenyataan untuk os bagi komputer dan komputer riba. Aku ni bukan lah techy-savvy atau I.T-savvy mahupun lappy-savvy dan segala savvy-savvy nih. Jadi aku tidaklah tahu menahu dengan mendalamnya sesuatu perkara tentang hardware and software komputer ini. Cuma satu perkara yang menarik mengenai statement di atas adalah ayat penyudahnya. hi hi. 

Rata-rata daripada pengguna komputer yang taraf ada duet setakat sponsor PTPT-pu yang macam gua ni, biasanya mengguna operating system windows sahaja. Windows 7, vista, xp dan terbaru windows 8. Itu yang common dan affordable. Tapi ada jugak yang guna linux. Yang ni aku tak pernah guna dan tak pernah tengok orang dalam circle hidup aku guna, jadi aku tak tahu lah walau satu sen pasal linux. Setakat aku tahu kalo nak upgrade kena guna u-buntu kan, dan akhirnya aku pon jadi buntu sama. 

Tapi, yang paling tak boleh blah nye yang the latter~. Pheuww. 
'I am mac and i found this offensive'. ceh. 
Okeh gua berangan je. Nak beli windows 8 pon tergagap-gagap, inikan pula machintosh weyy~ 

            Mac for designers or simply fags....

Haha, nasib baik gua guna windows 7, tu pon tak ori (agak-agakla 1.4k/asus je pon), jadi tak adelah gua butthurt sangat dengan statement kat atas. Gua jumpa komen ni kat dalam facebook yang mana ada satu rajah membincangkan tentang os ni. Perbahasan ini timbul antara golongan gamers dan golongan kayers. Bagi gua yang tidak berapa berduet ni, kadang-kadang gua setuju dengan kenyataan kat atas tu sebab berapa kerat je yang beli Mac sebab kerja? dan berapa ramai pulak beli mac sebab ia adalah MAC??. Haha. Biarlah penggunanya sahaja berbicara~


     Let the apples talk. aum aum, dap! (apple kan sedap, tambah-tambah kalo apple fuji; rapuh gittuew)

Gua takde hak nak buat penilaian. Gua sekadar nak kongsi kan aje, tapi sesiapa yang rasa terlebih masa terluang dah tak tahu nak bikin ape, dan mau butthurt silakan. Gua tak halang. keh keh.

ok. bai.


No comments: