Tuesday, March 4, 2014

Kedekut boleh berjangkit?

Kedekut?
Pantat kuning?
Kikir?
Apa-apa saja lah definisi kedekut yang ada; yang penting definisi kedekut bagi diri aku adalah menyusahkan orang. 

Sejak dua menjak ini, aku sering diselubungi mereka yang kedekut. Kalau keluarga sendiri senang pulak aku gulai-panggang-rejam sahaja mereka-mereka ini. Aku pun tak tahu korang yang kedekut ni datang dari planet mana. Sebab sifat bertimbangrasa macam penduduk planet bumi miliki, tak ada pada korang.

Apa yang aku musykil, rata-rata orang kedekut ni perempuan. Cantik pulak tu, putih, berpewatakan lemah lembut. Tapi phuii kedekut!. Kedekut kau menyusahkan diri sendiri tak apa la, tapi jangan susahkan orang lain boleh tak? Sekali lagi aku seru.... Jangan susahkan diri aku dan orang-orang yang aku sayang.......

Kali kedua aku musykil, kenapa kau nak kedekut. Harta benda kau bukan milik kau pun. Milik Tuhan. Dia bagi kat kau, bagi pinjam. Ok, ok.. Suka hati kau lau nak kedekut pun. Memang harta bapak kau kan.

Kali terakhir untuk aku musykil. Kenapa perasaan kedekut boleh berjangkit? Hahaha.

k bai!





Saturday, March 1, 2014

Lelaki idaman

Salam satu malaysia~

Hari ini aku terpanggil untuk menulis mengenai lelaki idaman kalbu. Tidak susah sebenarnya untuk cairkan hari aku. Senang sahaja.

1. Pakai 't' putih & jeans

See, senang kan. Korang hanya perlu pakai jeans biasa dan pakai tshirt putih sahaja. Memang kurang dari sesaat, aku akan mendambakan diri mu duhai kekasih gelapku~ *wakaka; phuui!

2. Pakai baju melayu.

Sesungguhnya sesiapa yang mengenakan baju melayu pada hari jumaat atau hari raya, dia adalah seorang yang sangat hensem!! yeeehaaaaaaa~ Ditambah pulak dengan sampin.    * suka *suka.

3. Be Protective * cakap omputih skit baru up rasa protective tu~

Jadilah orang yang suka melindungi tapi buka mengongkong. Faham kan perbezaan dia.

4. Jadilah diri sendiri.

Walau tidak hensem, tidak kacak, tak pulak manisnya tapi jadilah diri sendiri. Kerana di situ terletaknya harga diri anda. Dan jangan lupa, jangan jadi pegotor. Tak hensem takpe, janji kemas. Kenapa? Sebab aku suka sepahkan barang. Hahahaaaa.

OK, Jadi sesiapa yang berminat bolehla cuba tips di atas. Boleh?

Gua gerak lu brader~ ciaow.....
               



Diari

Aku tak boleh tengok kalau ada orang tua melintas depan mata aku. Tak kira lah pakcik makcik tu tengah bersenang lenang apatah lagi yang ditiimpa kesulitan. Terutamanya pakcik.
 Aku rasa macam tengah melihat ayah sendiri dalam kesusahan dan aku hanya berpeluk tubuh, tidak membantu. Apa yang aku boleh buat hanya berharap agar Tuhan permudahkan segala urusannya. 



Kenapa?

Sebab aku pernah kehilangan. Dan aku harap orang lain yang masih mempunyai bapa; hargai dan berbaktilah sebelum terlambat. Sebelum dia pergi meninggalkan kita.

Salam.
*gambar dari blog muslim