Tuesday, March 4, 2014

Kedekut boleh berjangkit?

Kedekut?
Pantat kuning?
Kikir?
Apa-apa saja lah definisi kedekut yang ada; yang penting definisi kedekut bagi diri aku adalah menyusahkan orang. 

Sejak dua menjak ini, aku sering diselubungi mereka yang kedekut. Kalau keluarga sendiri senang pulak aku gulai-panggang-rejam sahaja mereka-mereka ini. Aku pun tak tahu korang yang kedekut ni datang dari planet mana. Sebab sifat bertimbangrasa macam penduduk planet bumi miliki, tak ada pada korang.

Apa yang aku musykil, rata-rata orang kedekut ni perempuan. Cantik pulak tu, putih, berpewatakan lemah lembut. Tapi phuii kedekut!. Kedekut kau menyusahkan diri sendiri tak apa la, tapi jangan susahkan orang lain boleh tak? Sekali lagi aku seru.... Jangan susahkan diri aku dan orang-orang yang aku sayang.......

Kali kedua aku musykil, kenapa kau nak kedekut. Harta benda kau bukan milik kau pun. Milik Tuhan. Dia bagi kat kau, bagi pinjam. Ok, ok.. Suka hati kau lau nak kedekut pun. Memang harta bapak kau kan.

Kali terakhir untuk aku musykil. Kenapa perasaan kedekut boleh berjangkit? Hahaha.

k bai!





No comments: