Wednesday, September 3, 2014

Sesi belajar bahasa.

Prejudis, Stereotaip dan Diskriminasi.

Dah lama sangat daku tinggalkan dunia belajar, otak pun dah karat. So toooday, lets revised ! uhhhhuh!!

  1. Prejudis adalah kepercayaan atau tanggapan negatif terhadap sesuatu kelompok sasaran.

  2. Stereotaip pula satu kenyataan (statement) umum yang dikeluarkan terhadap sesuatu kelompok sasaran.
  3. Diskriminasi  adalah perbuatan/layanan buruk terhadap sesuatu kelompok sasaran. 
Jadi, secara konklusinya, tiga perkara diatas adalah saling berkaitan. Prejudis abila disuarakan menjadi Stereotaip dan pentafsiran stereotaip secara perbuatan menbentuk Diskriminasi. Got it?. Ok good.

Tujuan post ini ditaip bukanlah menempiaskan impian aku yang ingin menjadi seorang pendidik yang dah lama terpendam jauh di lubuk hati. Bukan jua mengajar mana-mana yang terpelajar. Siapalah daku untuk berbuat demikian. ceh. Cuma lebih kepada meluahkan rasa kecewa.

Daku perasan, ramai yang tidak menyenangi orang gila (pesakit psikiatri). Kann. Takot, Marah, Benci, Busuk, Gila babi, Gila mereng dan membahayakan adalah yang paling dominan. Memang tak dapat nak dinafikan mereka memang membahayakan dan menepati semua ciri-ciri yang disebutkan di atas. 

Tapi satu benda yang kita semua kurang sedar. Gila adalah satu penyakit. "It is not confirm to be cured yet, but it is treatable." Sedangkan semua penyakit datangnya daripada Yang Khalik, masakan tiada penawarnya kerana Dia Yang Maha Kuasa menyembuhkan segala penyakit di atas kehendak-Nya.


Dan satu hal yang kita perlu tanam dalam kepala; mereka berhak untuk hidup sepertimana termaktub dalam perlembagaan persekutuan perkara 8; Hak kesamarataan. 



p/s: setidak-tidaknya mereka yang gila ini sebersih anak kecil dan dijamin baik kesudahannya dari kita yang waras akal ini di akhirat kelak.

Sekian. 
Salam. =)

 
 

No comments: