Showing posts with label stereotaip. Show all posts
Showing posts with label stereotaip. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

Sesal tapi tak pun. Eh??


Toooday, gua akan kupas tentang penyesalan. Ye, Pepatah melayu menyatakan "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..." yang bermaksud ; fikir masak masak dalam melakukan suatu perkara.

Ya, dan tipu kalau gua cakap tak ada walau satu perkara pun yang gua sesali dalam melayari bahtera kehidupan. Baaaaaanyak sangat perkara yang pernah daku sesali. Dan biasalah, keciwak itu tersangatlah sinonim.

Hokeh. Mari kecikkan skop penyesalan terhadap alam pekerjaan. Sesungguhnya gua keciwak sebab tak dapat nak jadi cikgu. Gila sumpah aku dengki gila dengan orang sekeliling aku yang jadi cikgu! Menyesal gila gila rasa macam nak cakap, shit shit shitt!! Sebab??Tah. Jiwa aku situ kot. Haha. Erk?.

Tapi suatu hari gua balik bercuti di kampung dan ketika gua tengah beratur beli ayaq mocca& latte murah ala kampungan tapi sedap, daku terdengarlah satu perbualan mesra tapi kurang ikhlas antara seorang cikgu dan bekas anak murid cikgu terbabit.

Dannnn..daripada situ aku telah melakukan satu kesalahan sosial iaitu; prejudis. Dem. Kenapa? Sebab aku rasa kadang- kadang cikgu ni suka pilih kasih. Mentang-mentangla orang tu koje kat KL kat hospital kan.... vogue kau Jah, dressing sempoi, keta ade! Dahle gomen, koje kat key-ill pulok. Auummmm. Tapi ada cikgu pergi tegur bekas anak murid yang jenis kerja promoter? Kerja sendiri kat kampung? Kerja yang bukan berkolar putih? Hado?. Mungkin ada tapi tak banyak. Sedangkan kelas hujung-hujung pon cikgu ajau mau tak mau ja. Kan.

Nak buat apa tegur yang biasa-biasa ni, yang even nama siap tak hingat ni; they afford to give you nothing. At least bila godek-bodek-kodek yang koje key-il ni air mocca coffee special kau lepas kan?.

Tapi tak semua macam ni. Ada je cikgu yang superb bagus yang menjadi idaman semua murid kelas bawah. Tapi tak banyak. Tak caye? Haha. Dan, gua berazam nak teruskan aje dengan rezeki gua sekarang. No more childhood dreamjob -post traumatic depress syndrome.

P/s: Maaf bukan niat menabur stereotaip.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Ajari aku untuk bersyukur. :-)

Wednesday, September 3, 2014

Sesi belajar bahasa.

Prejudis, Stereotaip dan Diskriminasi.

Dah lama sangat daku tinggalkan dunia belajar, otak pun dah karat. So toooday, lets revised ! uhhhhuh!!

  1. Prejudis adalah kepercayaan atau tanggapan negatif terhadap sesuatu kelompok sasaran.

  2. Stereotaip pula satu kenyataan (statement) umum yang dikeluarkan terhadap sesuatu kelompok sasaran.
  3. Diskriminasi  adalah perbuatan/layanan buruk terhadap sesuatu kelompok sasaran. 
Jadi, secara konklusinya, tiga perkara diatas adalah saling berkaitan. Prejudis abila disuarakan menjadi Stereotaip dan pentafsiran stereotaip secara perbuatan menbentuk Diskriminasi. Got it?. Ok good.

Tujuan post ini ditaip bukanlah menempiaskan impian aku yang ingin menjadi seorang pendidik yang dah lama terpendam jauh di lubuk hati. Bukan jua mengajar mana-mana yang terpelajar. Siapalah daku untuk berbuat demikian. ceh. Cuma lebih kepada meluahkan rasa kecewa.

Daku perasan, ramai yang tidak menyenangi orang gila (pesakit psikiatri). Kann. Takot, Marah, Benci, Busuk, Gila babi, Gila mereng dan membahayakan adalah yang paling dominan. Memang tak dapat nak dinafikan mereka memang membahayakan dan menepati semua ciri-ciri yang disebutkan di atas. 

Tapi satu benda yang kita semua kurang sedar. Gila adalah satu penyakit. "It is not confirm to be cured yet, but it is treatable." Sedangkan semua penyakit datangnya daripada Yang Khalik, masakan tiada penawarnya kerana Dia Yang Maha Kuasa menyembuhkan segala penyakit di atas kehendak-Nya.


Dan satu hal yang kita perlu tanam dalam kepala; mereka berhak untuk hidup sepertimana termaktub dalam perlembagaan persekutuan perkara 8; Hak kesamarataan. 



p/s: setidak-tidaknya mereka yang gila ini sebersih anak kecil dan dijamin baik kesudahannya dari kita yang waras akal ini di akhirat kelak.

Sekian. 
Salam. =)