Salam satu malaysia~
Hari ini aku terpanggil untuk menulis mengenai lelaki idaman kalbu. Tidak susah sebenarnya untuk cairkan hari aku. Senang sahaja.
1. Pakai 't' putih & jeans
See, senang kan. Korang hanya perlu pakai jeans biasa dan pakai tshirt putih sahaja. Memang kurang dari sesaat, aku akan mendambakan diri mu duhai kekasih gelapku~ *wakaka; phuui!
2. Pakai baju melayu.
Sesungguhnya sesiapa yang mengenakan baju melayu pada hari jumaat atau hari raya, dia adalah seorang yang sangat hensem!! yeeehaaaaaaa~ Ditambah pulak dengan sampin. * suka *suka.
3. Be Protective * cakap omputih skit baru up rasa protective tu~
Jadilah orang yang suka melindungi tapi buka mengongkong. Faham kan perbezaan dia.
4. Jadilah diri sendiri.
Walau tidak hensem, tidak kacak, tak pulak manisnya tapi jadilah diri sendiri. Kerana di situ terletaknya harga diri anda. Dan jangan lupa, jangan jadi pegotor. Tak hensem takpe, janji kemas. Kenapa? Sebab aku suka sepahkan barang. Hahahaaaa.
OK, Jadi sesiapa yang berminat bolehla cuba tips di atas. Boleh?
Gua gerak lu brader~ ciaow.....
Saturday, March 1, 2014
Diari
Aku tak boleh tengok kalau ada orang tua melintas depan mata aku. Tak kira lah pakcik makcik tu tengah bersenang lenang apatah lagi yang ditiimpa kesulitan. Terutamanya pakcik.
Aku rasa macam tengah melihat ayah sendiri dalam kesusahan dan aku hanya berpeluk tubuh, tidak membantu. Apa yang aku boleh buat hanya berharap agar Tuhan permudahkan segala urusannya.
Kenapa?
Sebab aku pernah kehilangan. Dan aku harap orang lain yang masih mempunyai bapa; hargai dan berbaktilah sebelum terlambat. Sebelum dia pergi meninggalkan kita.
Salam.
*gambar dari blog muslim
Friday, February 28, 2014
Poet mamak untuk kehidupan~
Mereka tiada pelajaran,
Tapi mereka kenal apa itu ihsan.
Mereka tiada pangkat,
Tapi mereka tahu nilai hormat..
Tiada batasan umur,
Tidak kira mana asal usul,
Walau hitam walau putih,
Seorang insan adalah insan yang punyai hak.
Sometimes I wish to be along with them,
To give a hand a bit through hard times,
Guide them to know The Only Creator,
as I know they are the product of corrupted community.
Lord, guide us to your straight path.
Saturday, December 14, 2013
Sketsa kehidupan.
Salam sejahtera...
Salam satu Malaysia.
Kali ini aku nak kupas sikit mengenai kehidupan. Ya, kehidupan. Aku memang dibesarkan di dalam suasana kampung, tapi dari tingkatan 1 lagi aku ni dah macam orang luar kat dalam kampung aku sendiri. Generasi berumur memang tak kenal langsung siapakah gerangan anak muda yang bernama selipar hijau, kah kah. Maaf, point sekarang ini bukanla mengenai aku dan pengajian dan bla bla bla. Point penting yang ingin aku sampai kan adalah sebuah kehidupan yang sebelum ini tidak pernah aku lihat dan alami.
Aku balik kampung dan alhamdulillah aku ditawarkan kerja di sebuah kedai yang terkemuka di kampung. Ceh, memanglah terkemuka sebab kedai ni lah antara kedai yang mendapat sambutan yang begitu baik berbanding dengan kedai-kedai lain. Mana taknya kedai tak bukak lagi, tapi orangnya dah tercongok kat depan pintu. Macam orang gila talak, malam semalam tak tido gamaknya sebab nak main blackshot. Bila aku kat kampung, macam-macam orang aku jumpa. Kalah masa aku mengaji kat lua dulu. Macam macam situasi yang aku pon tak sangka aku boleh terjebak dalam scene seperti itu.
Ada satu kes, di mana seorang anak dah tingkatan 5 tapi si anak ni tak pernah pergi sekolah. Jadahnya mak dia yang kena pergi sekolah dan buat rayuan bagi anak dia sebab takot anak dia tak boleh masuk periksa. Masa tu aku memang dalam hati, kesian mak dia tak ingat dek huntong punye anak. pui. Tapi jauh di lubuk hati aku, aku bersyukur adik aku tak ade lah teruk mana kalau nak banding dengan budak ni kan. Ini adalah scene masa kali pertama aku nk ke pasar pagi dengan akak aku, jumpa dengan mak dia sekali dengan anak dia. Terserempak gitu. keh keh.
Scene kedua aku dapat tahu pulak budak ni sebenarnya blacklisted oleh beberapa kedai runcit sebab nauzubillah panjang tangan. Jadi aku pun mula berjaga-jaga bila aku bekerja sebab kedai yang aku jaga ni pun sama je, mengamalkan perniagaan runcit meruncit. Tapi budaknya kalau bersendirian dengan aku, bukanlah nakal sampai pergi usik aku pon. Biasa-biasa je budaknya, jadi aku konpius. Aku ni pulak jenis pejuang stereotaip dan segala jenis unfair situation. Tapi lama lepas tu banyak jugak aku dengar berita tahap kepanjangan tangan budak ni. Masa tu, dalam hati aku; kesiannya pada parent budak ni. Kenapalah sampai macam ni sekali.
Dan pada masa yang sama, aku ada suka pada seorang budak. Kenapa? Sebabnya dia iras kekasih lama aku, Shakir Shaari tapi sebelum dia pindah ke JDT. Lama otak aku tak fikir pasal keluarga budak tersebut sampaila satu hari kak long aku cerita yang budak nakal tu ada adik, adik dia baik tak suka mecopet macam dia. Betapa patahnya hati aku bila aku dapat tahu sebenarnya budak yang aku suka tu sebenarnya adik kepada pencopet terbabit. Masa tu aku rasakan hidupku yang ceria mula menjadi muram, awan ber-komulonimbus, kilat sabung menyabung serta ku rasakan harapan ku punah. he he.
Aku tak dapat terima kenyataan jadi aku cari tahu punca sebenar keretakan keuarga budak terbabit. Betapa galaunya hati bila aku dapat tahu, penyebab utama yang boleh dikaitkan dengan kenapa budak pencopet tu mencopet adalah ibu bapa mereka sendiri. Sedih bila aku dapat tahu yang parent diorang sendiri pon mencuri, walau tengah mengandung pon tak ada beza. Tapi tu cerita dedulu. Tak tahu la sekarang macam mana. Tapi aku rasa mereka sekarang dah tak buat dah semua tu (husnuhzon ok). Perlu husnuhzon di sini. Aku harap mereka akan berubah demi untuk anak-anak mereka sebab anak-anak mereka semua kecik-kecik lagi.
Kali ni aku berharap ungkapan bahasa indah; " kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi" tu salah untuk kali pertamanya kerana tak semua nasi yang digaul bersama-sama kuah tu tergaul sekali. Ade jugak yang tak kena kuahnya sekali. Melainkan kau ni adalah species mamak yang suka kuah banjir. Jadi, di sini aku mahu menyeru kepada kepada sekalian ummah sera diri aku jugak sebelum membina keluarga, perbaikilah jati diri kita sebagai pemimpin dahulu. Bukan kata dari pihak suami semata, tapi wanita pon memainkan peranan yang besar dalam membina sebuah keluarga yang utuh yang baik dari segi agama mahupun sosialnya.
wassalam.
Kopi dan pasta
Wah! Akhirnya aku dapat jugak conteng di sini setelah sekian lama aku tak dapat nak buat post baru, walau nak edit setting pon tak boleh. Kenapa? ak pon tak tahu kenapa. Aku serahkan kepada takdir aje. keh keh.
Sebenarnya memang banyak benda yang aku nak tulis tapi, biarlah dulu. Aku pon dah lupa topik-topik yang ingin gua kupas setelah beberapa hari dikepam dalam otak.
Jadi, hari ini, aku nak kopipasta something yang aku jumpa menarik dalam internet. Keh keh.
'Linux for admins, Windows for gamers and Mac for designers or simply fags..'
Yang kat atas tu adalah kenyataan untuk os bagi komputer dan komputer riba. Aku ni bukan lah techy-savvy atau I.T-savvy mahupun lappy-savvy dan segala savvy-savvy nih. Jadi aku tidaklah tahu menahu dengan mendalamnya sesuatu perkara tentang hardware and software komputer ini. Cuma satu perkara yang menarik mengenai statement di atas adalah ayat penyudahnya. hi hi.
Yang kat atas tu adalah kenyataan untuk os bagi komputer dan komputer riba. Aku ni bukan lah techy-savvy atau I.T-savvy mahupun lappy-savvy dan segala savvy-savvy nih. Jadi aku tidaklah tahu menahu dengan mendalamnya sesuatu perkara tentang hardware and software komputer ini. Cuma satu perkara yang menarik mengenai statement di atas adalah ayat penyudahnya. hi hi.
Rata-rata daripada pengguna komputer yang taraf ada duet setakat sponsor PTPT-pu yang macam gua ni, biasanya mengguna operating system windows sahaja. Windows 7, vista, xp dan terbaru windows 8. Itu yang common dan affordable. Tapi ada jugak yang guna linux. Yang ni aku tak pernah guna dan tak pernah tengok orang dalam circle hidup aku guna, jadi aku tak tahu lah walau satu sen pasal linux. Setakat aku tahu kalo nak upgrade kena guna u-buntu kan, dan akhirnya aku pon jadi buntu sama.
Tapi, yang paling tak boleh blah nye yang the latter~. Pheuww.
'I am mac and i found this offensive'. ceh.
Okeh gua berangan je. Nak beli windows 8 pon tergagap-gagap, inikan pula machintosh weyy~
Mac for designers or simply fags....
Haha, nasib baik gua guna windows 7, tu pon tak ori (agak-agakla 1.4k/asus je pon), jadi tak adelah gua butthurt sangat dengan statement kat atas. Gua jumpa komen ni kat dalam facebook yang mana ada satu rajah membincangkan tentang os ni. Perbahasan ini timbul antara golongan gamers dan golongan kayers. Bagi gua yang tidak berapa berduet ni, kadang-kadang gua setuju dengan kenyataan kat atas tu sebab berapa kerat je yang beli Mac sebab kerja? dan berapa ramai pulak beli mac sebab ia adalah MAC??. Haha. Biarlah penggunanya sahaja berbicara~
Let the apples talk. aum aum, dap! (apple kan sedap, tambah-tambah kalo apple fuji; rapuh gittuew)
Gua takde hak nak buat penilaian. Gua sekadar nak kongsi kan aje, tapi sesiapa yang rasa terlebih masa terluang dah tak tahu nak bikin ape, dan mau butthurt silakan. Gua tak halang. keh keh.
ok. bai.
Thursday, June 20, 2013
ISA & ISKANDAR
Ada dua ruh mukmin yang sedih hatI
kecewa dan menangiS
karena mereka disembah ‘umat’-nyA
Dia adalah Isa al-Masih nabI
dan Raja Iskandar murid AristotleS
Ketika orang-orang jahil berteriaK
bernyanyi dan memuja-mujA
Tibalah waktunya turun Qur’aN
kepada insan kamil MuhammaD
membersihkan nama mereka berduA
Isa dengan namanya, Iskandar dengan gelaR
Oleh: Muhammad Alexander (wisnu sasongko)
(baca huruf akhir dari setiap bait itu, terbentuk tulisan “ISA ISKANDAR” )
Dicedok dari buku hasil Muhammad Alexander.
Wednesday, June 19, 2013
secebis puisi di tahun akhir uni~
2009
2010
2011
2012
.
.
.
.
tup-tup dah 2013.
lama sebenarnya aku ni berkelana mencari ilmu.
lama jugak la dah tinggalkan kampung halaman,
boleh tahan ramai jugakla orang yang aku jumpa.
dalam ramai-ramai tu, ramai jugakla orang yang bangang.. hahaha..
sebab dalam ramai-ramai tu,
ramai jugak yang menyakitkan hati tapi,
dalam ramai-ramai tu,
ramai jugak yang mengajar erti hidup yang sementara ini..
dan dalam ramai-ramai tu,
hanya segelintir je yang benar-benar aku sayangi dan kasihi...
Pejam celik pejam celik empat tahun dah berlalu. pejam celik pejam celik 14 Oktober 2013 nanti, berbekalkan izin Allah Azzawajalla aku dengan rasminya akan bergelar pemegang Ijazah Terapi Carakerja (Hons) dengan kepujian. Dan dengan berbekalkan rezeki dari Illahi juga la aku akan mula mencari kerja untuk meneruskan kehidupan yang penuh skeptikal ini.
Persoalannya, aku nak kerja ape ni? eh bukan.
lagi tepat , 'aku nak jadi apa ni?'
Jawapan terbaik ----------> KERA
kenapa kera? sebab pernah dengar tak pepatah 'anak kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan'~ yang bermaksud menumpang kasih pada orang lain. wakakaka. =) boleh tak macam ni? hihi
Dulu aku ada perancangan yang lengkap, bila nak kerja, kerja kat mana, bila nak balik bekerja di kampung, nak specialise kat area mana, nak amek bahagian mana, nak buat apa, macamana nak up grade pekerja aku (ceh!), macamana nak ubah cara kerja yang murni tanpa kipas-kipasan dan pijak memijak serta benci membenci, dan cemana nak buang skeptikal thought (bla bla bla)....... tidak lupa juga bila nak tunang, nak belajar masak, jadi anak yang solehah, mekap, pakai skirt (hehe) dan bila nak kawen serta beranak pinak. hahaha.. Sekarang aku hanya mampu gelakkan diri sendiri dan bergelak bersama orang lain yang cuba untuk gelakkan diri aku.
Kita hanya merancang, DIA yang tentukan segalaNYA~
Dulu aku tertanya-tanya napela kakak and my bro susah benar nak dapat kerja. Sekarang aku tahu jawapan nya woohoo!! Memang susah nak dapat kerja especially kalau jenis orang yang tak begitu minat dengan bidang yang diceburi. jawapan terbaik bila mintak tolong kakak sendiri untuk kerja dan beliau offer sebagai tukang sapu rumah dia. choyy~ For second thought, baikla lepas SPM aku terus amek SPA dan kerja je. Tapi, tak boleh-tak boleh. Ini adalah jalan hidup yang aku pilih dan aku takkan menyesal. Rezeki Allah seluas alam terbentang, bukan.
Semoga Tuhan permudahkan segala urusan.
salam~
p/s: ade siapa-siapa yang berkenan nak offer saya kerja? hihi
Subscribe to:
Posts (Atom)


