Wednesday, July 5, 2017
Malaysiaku, tanah bertuah.
Wednesday, December 3, 2014
Kipas Bodoh
Sunday, October 19, 2014
Memenuhi kehendak hati
Helloooo.... wooot wooot**
Hehe, aku suka Holland, sebab ade bunga tulip. Nak lagi yang kaler putih. I looike~
Dan satu hari aku telah singgah di Holland selepas balik dari kerjaa.. yeeeehaaa**
Thursday, October 9, 2014
Sesal tapi tak pun. Eh??
Toooday, gua akan kupas tentang penyesalan. Ye, Pepatah melayu menyatakan "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..." yang bermaksud ; fikir masak masak dalam melakukan suatu perkara.
Ya, dan tipu kalau gua cakap tak ada walau satu perkara pun yang gua sesali dalam melayari bahtera kehidupan. Baaaaaanyak sangat perkara yang pernah daku sesali. Dan biasalah, keciwak itu tersangatlah sinonim.
Hokeh. Mari kecikkan skop penyesalan terhadap alam pekerjaan. Sesungguhnya gua keciwak sebab tak dapat nak jadi cikgu. Gila sumpah aku dengki gila dengan orang sekeliling aku yang jadi cikgu! Menyesal gila gila rasa macam nak cakap, shit shit shitt!! Sebab??Tah. Jiwa aku situ kot. Haha. Erk?.
Tapi suatu hari gua balik bercuti di kampung dan ketika gua tengah beratur beli ayaq mocca& latte murah ala kampungan tapi sedap, daku terdengarlah satu perbualan mesra tapi kurang ikhlas antara seorang cikgu dan bekas anak murid cikgu terbabit.
Dannnn..daripada situ aku telah melakukan satu kesalahan sosial iaitu; prejudis. Dem. Kenapa? Sebab aku rasa kadang- kadang cikgu ni suka pilih kasih. Mentang-mentangla orang tu koje kat KL kat hospital kan.... vogue kau Jah, dressing sempoi, keta ade! Dahle gomen, koje kat key-ill pulok. Auummmm. Tapi ada cikgu pergi tegur bekas anak murid yang jenis kerja promoter? Kerja sendiri kat kampung? Kerja yang bukan berkolar putih? Hado?. Mungkin ada tapi tak banyak. Sedangkan kelas hujung-hujung pon cikgu ajau mau tak mau ja. Kan.
Nak buat apa tegur yang biasa-biasa ni, yang even nama siap tak hingat ni; they afford to give you nothing. At least bila godek-bodek-kodek yang koje key-il ni air mocca coffee special kau lepas kan?.
Tapi tak semua macam ni. Ada je cikgu yang superb bagus yang menjadi idaman semua murid kelas bawah. Tapi tak banyak. Tak caye? Haha. Dan, gua berazam nak teruskan aje dengan rezeki gua sekarang. No more childhood dreamjob -post traumatic depress syndrome.
P/s: Maaf bukan niat menabur stereotaip.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Ajari aku untuk bersyukur. :-)
Wednesday, September 3, 2014
Sesi belajar bahasa.
Prejudis adalah kepercayaan atau tanggapan negatif terhadap sesuatu kelompok sasaran.
- Stereotaip pula satu kenyataan (statement) umum yang dikeluarkan terhadap sesuatu kelompok sasaran.
- Diskriminasi adalah perbuatan/layanan buruk terhadap sesuatu kelompok sasaran.
Tuesday, March 4, 2014
Kedekut boleh berjangkit?
Apa yang aku musykil, rata-rata orang kedekut ni perempuan. Cantik pulak tu, putih, berpewatakan lemah lembut. Tapi phuii kedekut!. Kedekut kau menyusahkan diri sendiri tak apa la, tapi jangan susahkan orang lain boleh tak? Sekali lagi aku seru.... Jangan susahkan diri aku dan orang-orang yang aku sayang.......
Kali kedua aku musykil, kenapa kau nak kedekut. Harta benda kau bukan milik kau pun. Milik Tuhan. Dia bagi kat kau, bagi pinjam. Ok, ok.. Suka hati kau lau nak kedekut pun. Memang harta bapak kau kan.
Kali terakhir untuk aku musykil. Kenapa perasaan kedekut boleh berjangkit? Hahaha.
k bai!
Saturday, March 1, 2014
Lelaki idaman
Hari ini aku terpanggil untuk menulis mengenai lelaki idaman kalbu. Tidak susah sebenarnya untuk cairkan hari aku. Senang sahaja.
1. Pakai 't' putih & jeans
See, senang kan. Korang hanya perlu pakai jeans biasa dan pakai tshirt putih sahaja. Memang kurang dari sesaat, aku akan mendambakan diri mu duhai kekasih gelapku~ *wakaka; phuui!
2. Pakai baju melayu.
Sesungguhnya sesiapa yang mengenakan baju melayu pada hari jumaat atau hari raya, dia adalah seorang yang sangat hensem!! yeeehaaaaaaa~ Ditambah pulak dengan sampin. * suka *suka.
3. Be Protective * cakap omputih skit baru up rasa protective tu~
Jadilah orang yang suka melindungi tapi buka mengongkong. Faham kan perbezaan dia.
4. Jadilah diri sendiri.
Walau tidak hensem, tidak kacak, tak pulak manisnya tapi jadilah diri sendiri. Kerana di situ terletaknya harga diri anda. Dan jangan lupa, jangan jadi pegotor. Tak hensem takpe, janji kemas. Kenapa? Sebab aku suka sepahkan barang. Hahahaaaa.
OK, Jadi sesiapa yang berminat bolehla cuba tips di atas. Boleh?
Gua gerak lu brader~ ciaow.....
Diari
Salam.
*gambar dari blog muslim
Friday, February 28, 2014
Poet mamak untuk kehidupan~
Saturday, December 14, 2013
Sketsa kehidupan.
Kopi dan pasta
Yang kat atas tu adalah kenyataan untuk os bagi komputer dan komputer riba. Aku ni bukan lah techy-savvy atau I.T-savvy mahupun lappy-savvy dan segala savvy-savvy nih. Jadi aku tidaklah tahu menahu dengan mendalamnya sesuatu perkara tentang hardware and software komputer ini. Cuma satu perkara yang menarik mengenai statement di atas adalah ayat penyudahnya. hi hi.
Thursday, June 20, 2013
ISA & ISKANDAR
Wednesday, June 19, 2013
secebis puisi di tahun akhir uni~
Friday, April 12, 2013
Menongkah arus Sungai Golok.
Mundok atau dikenali dengan nama Munok oleh masayarakat tempatan merupakan salah satu tempat beli belah kadar rendah yang wajib dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Sayang sekiranya anda jejakkan kaki di negeri tanah serendah sekebun bunga ini andai anda tidak cemarkan kaki anda ke Mundok. Provided that u speaks kelante accent lah. Kalo tidak, memang harga macam harreem. So, kalau nak shopping petua saya adalah, anda bawak sorang rakyat kelante yang superb dalam tawar menawar di samping anda; jika anda tidak fasih berbahasa kelate. Okkeh ?
Dan, untuk memudahkan lagi kerja, apa kata cari je jodoh dekat kelante kan.... Ahhah!, rakyat kelante ramai lagi single mingle yuuuu.... hahahaa. I attached few photos yang sempat di-snap di sana.
![]() |
| over the river lah! |
![]() |
suasana deretan gerai-gerai di Mundok
|
![]() |
| Add3. ais krim kelapa yang superbb! RM3 only. |
![]() |
bila perempuan beli blah!
|
![]() |
| beli baju tido ye pakcik... |
![]() |
| tepi-tepi, kang aku tembak karang! |
![]() |
| nyam-nyamss~ |
![]() |
| nama pasar tu hasani |
![]() |
| sketsa kehidupan 1 |
Sunday, March 31, 2013
Solat di akhir waktu, belum usai sudah azan. Hukumnya?
Jadi, untuk meneguhkan lagi keyakinan diri, saya bertindak meng-gugel dan terjumpa satu laman sesawang yang agak membantu menyelesaikan kemelut was-was ini.
Taraaa!! blog soal solat umum~
Konklusinya, sah kalau kita sempat tunaikan satu rakaat, dan azan berkumandang. Ini dipanggil solat tunai. Sekali lagi, ianya adalah sah. Manakala, seandainya kita tidak sempat untuk menghabiskan satu rakaat ( tak sempat rukuk pun, sekadar bacaan alfatihah ), maka ianya dipanggil solat Qadhak.
Ini adalah pendapat mazhab Syafi’i. Dan, ada dasrnya, Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang memperolehi satu rakaat dari sembahyang subuh sebelum terbit matahari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi subuh. Dan barangsiapa yang memperolehi satu rakaat dari sembahyang Asar sebelum terbenam mentari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi Asar. “ (Muttafaq Alaih)
Resmi satan, kalo tak meng-was-was-kan orang tak sah kan. Kadang-kadang kita tak sedar yang benda yang kita ingat kita tahu, kita yakin kita tahu tapi sebenarya dan hakikatnya masih ada yang kita tak tahu. Yelah, macam mana nak tahu semua, sedangkan ilmu ini adalah ilmu Dia kan~
selamat beramal!
Saturday, March 30, 2013
Semakan Keputusan Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M-BL1M)
Wednesday, March 20, 2013
terbang turun buat sarang,
anak sungai pun berubah,
ini pula hati orang.....mengapa dikenang.
asal kapas jadi benang,
dari benang dibuat baju,
barang lepas jangan kenang,
sudah jadi orang baru.....mengapa dirindu.
kasih yang dulu tinggal dalam mimpi,
kasih yang baru simpan dihati,
kasih yang dulu tinggal dalam mimpi,
kasih yang baru simpan dihati.
selat teduh lautan tenang,
banyak labuh perahu acheh,
jangan kesal jangan kenang,
kalau hati rasa pedih.....mengapa bersedih.
kalau pinang masih muda,
rasanya pahit sudahlah pasti,
kalau hilang kasih lama,
cari lain untuk ganti.....mengapa dinanti.
patahkan tumbuh hilang berganti,
lukakan sembuh kalau diubati,
patahkan tumbuh hilang berganti,
lukakan sembuh kalau diubati.
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-mengapa-dirindu-saloma.html#ixzz2O4n98Zrr


















